Intermittent Fasting : Panduan untuk Melakukan Intermittent Fasting dengan betul

Pernah dengar tentang Intermittent Fasting ? 

Intermittent Fasting atau secara ringkasnya lebih mudah dikenali dengan IF adalah satu cara menyusun waktu makan mengikut jadual yang telah ditetapkan yang digilirkan antara waktu boleh makan dan waktu berpuasa. 

Dalam istilah yang lain juga, Intermittent Fasting juga dikenali sebagai Wet Fasting. Ini kerana ketika melakukan intermittent fasting ataupun ketika waktu berpuasa, kita dibolehkan untuk minum minuman yang tiada kalori. Jadi ketika kita berpuasa IF, kita boleh mengekalkan hidrasi badan dan tidak merasa haus. 

Ada beberapa tempoh yang dicadangkan untuk melakukan Intermittent Fasting. Antaranya adalah:

1) 12:12 (12 jam berpuasa: 12 jam waktu makan)

2) 14:10 (14 jam berpuasa : 10 jam waktu makan)

3) 16:8 (16 jam berpuasa : 8 jam waktu makan )

4) 18:6 (18 jam berpuasa : 6 jam waktu makan)

5) 20:4 (20 jam berpuasa : 4 jam waktu makan)

6) 22:2 (22 jam berpuasa : 2 jam waktu makan)


Sekiranya anda baru nak mula berjinak jinak dengan Intermittent Fasting, suka untuk saya sarankan tempoh yang minimum untuk melakukan Intermittent Fasting. 

Mulakan dengan 8 jam berpuasa Intermittent Fasting. Beri peluang kepada badan kita untuk mula serasi dengan Intermittent Fasting. Setelah rasa selesa, boleh tambah tempoh berpuasa selama 10 jam, kemudian 12 jam, kemudian 14 jam, seterusnya 16 jam dan 18 jam. 

Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Mula Berpuasa Intermittent Fasting ? 

Untuk memulakan Intermittent Fasting, anda boleh mula berpuasa seawal 8 malam. Sekiranya anda bangun tidur dan makan pada pukul 8 pagi, anda sebenarnya telah berjaya melakukan Intermittent Fasting selama 12 jam! 

Tahniah! Itu sebenarnya satu permulaan yang baik! 

Sebenarnya, tiada waktu yang spesifik untuk memulakan puasa Intermittent Fasting. Bergantung kepada anda, pada jam berapa anda makan kali terakhir pada hari tersebut. Lebih cepat lebih baik. Pada pandangan saya, waktu akhir terbaik untuk berhenti makan adalah pada pukul 9 malam. 


Setakat ini dulu perkongsian saya tentang Intermittent Fasting. 

Nantikan perkongsian saya selanjutnya tentang Intermittent Fasting ya!


Lihat juga entry ini tentang Intermittent Fasting. Sahabat saya ni berkongsi tentang perkongsian beliau sebagai ibu menyusu yang buat Intermittent Fasting 

2 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *