9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Best!

Kalau ditanya kepada Ili, bila waktu mula mula Ili mengenal Shaklee? Dulu dulu dunia kita kecil, tak tahu sangat tentang supplemen. Tapi, Ili mula mengenal Shaklee sewaktu Ili bekerja dulu. 

Masa tu, tak ada rasa keperluan kepada vitamin dan supplemen. Tak tahu apa kepentingan supplemen untuk kesihatan. Jadi memang tak ambil pusing pun bila orang perkenalkan kepada Shaklee. 

Sehinggalah satu ketika, selepas Ili berkahwin dan Ili disahkan mengandung, Ili mula tercari cari supplemen yang menyokong kehamilan. Ili berdoa kepada Allah, agar diberikan petunjuk dapat supplemen yang selamat, terbukti secara saintifik, dan tidak memberi mudarat kepada Ili dan kandungan. 

Kemudian, bertemulah Ili dengan produk Shaklee. Mula lah Ili mengamalkan suplemen yang menyokong kehamilan yang Shaklee ada iaitu Vitalea, Vitamin C, Vitamin C Chewable, OsteMatrix, ESP, B Complex dan OmegaGuard. 

Ili bermula sebagai pengguna, kemudian setelah Ili mengikut suami bekerja dan menjadi surirumah, Ili membuat keputusan untuk memulakan bisnes Shaklee dari rumah. 

Keputusan yang Ili buat ini setelah Ili yakin dengan keberkesanan produk Shaklee kepada diri Ili sepanjang kehamilan, berpantang dan menyusu. Malah yang lebih menguatkan semangat Ili ketika itu adalah ketika mana Ili melihat sendiri komuniti bisnes Shaklee yang sangat kuat, komited ingin membantu mereka yang ingin menjana pendapatan melalui bisnes Shaklee.

Sedar tak sedar, tahun ini sudah tahun ke 8 Ili berada dalam komuniti bisnes Shaklee. 

 Ili nak kongsikan betapa bestnya Komuniti Bisnes Shaklee 

1. Sokongan Nutritionist Shaklee 

– Kita tahu Shaklee ini sebuah syarikat yang menjual supplemen dan produk kesihatan. Jadi memang sangat memerlukan rujukan jika ingin tahu tentang produk. Di Shaklee, kami ada ramai ahli nutrisi @ Nutritionist yang sangat komited dalam menyampaikan ilmu dan pengetahuan tentang produk. Hampir setiap bulan komuniti bisnes Shaklee disajikan dengan kelas nutrisi, kelas produk. Seronok tau bila dapat belajar secara langsung dengan Nutritionist.

2. Sokongan untuk kemajuan dan pembangunan bisnes

– Shaklee sentiasa menyediakan bahan marketing untuk seluruh ahli bisnes memggunakannya untuk tujuan promosi, sama ada dalam bentuk poster, video, rujukan di website Shaklee. Malah, Shaklee mempunyai pegawai pegawai yang sangat mengambil berat tentang kemajuan dan perkembangan bisnes untuk setiap organisasi bisnes Shaklee. Kebiasaannya, mereka akan bertemu dengan Key Leaders juga Master Coordinators untuk berbincang bersama. Malah, terdapat juga satu badan FAC (Field Advisory Council) yang terdiri daripada Master Coordinators. FAC mewakili suara ahli bisnes dan menjadi penghubung antara organisasi bisnes dan syarikat 

3. Kelompok yang positif 

– Di Shaklee , komuniti bisnes Shaklee ini sangat positif. Tak kira berada di rank mana sekalipun, setiap orang saling menyokong antara satu sama lain. Boleh dapat nasihat berguna daripada leaders dan para upline yang lebih berpengalaman. Mereka sangat komited untuk membantu ahli yang mahu belajar. Sentiasa ada kelas online mahupun online. Segala masalah ada penyelesaian. Leader sentiasa mahu membantu agar setiap ahli dapat menguasai ilmu berkaitan produk, ilmu bisnes, malah pengisian kerohanian turut tidak dilupakan. Komuniti Bisnes Shaklee ini sentiasa menekankan kita berbisnes bukan sekadar untuk mendapat keuntungan di dunia, malah untuk mendapat kejayaan di akhirat juga

4.   Kursus Latihan Yang Berterusan

– Tak lengkap rasanya bisnes jika tiada training atau kurus latihan. Leader Shaklee sentiasa diberikan training oleh syarikat supaya mereka boleh pula membimbing organisasi di bawah mereka. Setiap ahli baru yang nak bisnes akan menerima training pula daripada leader Shaklee. Komuniti Bisnes Shaklee ini sentiasa saling membantu untuk “tolak ke hadapan” agar masing masing mendapat kejayaan yang diinginkan. Training yang dilakukan merangkumi ilmu kepimpinan, ilmu jualan, ilmu promosi dan kemahiran kemahiran yang diperlukan dalam bisnes. Secara tidak langsung, kemahiran dan nilai jati diri pun bertambah. Kita takkan rasa keseorangan dalam Komuniti ini kerana masing masing ada impian yang sama, untuk sihat dan berjaya. 

5. Peluang Belajar Bersama dengan Para Doktor dan Saintis Nutraceuticals

– Komuniti Bisnes Shaklee mempunyai networking yang besar daripada pelbagai organisasi team. Keterbukaan para Master Coordinators memberi peluang kepada ramai ahli komuniti untuk belajar lebih lagi tentang dunia kesihatan dan nutrisi. Sebagai contoh Master Norita bersama para masters yang lain telah menganjurkan beberapa kelas melibatkan saintis dan doktor terkenal. Antaranya ialah Dr Redza Benjamin, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Haresh. Peluang ini dimanfaatkan sebaiknya oleh ahli komuniti bisnes Shaklee. 

6. Saling berkenalan dan membina ukhwah 

Komuniti bisnes Shaklee ini seronok kerana kita dapat mengenali ramai orang dan menjalin ukhwah. From strangers, we become friends. Pelbagai latar belakang, tanpa kira umur dan pangkat. Memang seronok sebab masing masing ada impian dan lebih seronok saling menyokong dan mendoakan. 

7. Peluang kesihatan dan pendapatan yang lebih baik 

Daripada Komuniti Bisnes Shaklee, sentiasa ada peluang untuk mendapat peluang kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama dapat menjana income untuk kewangan yang lebih kukuh. Komuniti ini sangat menitikberatkan hal ini. Kita mahu sihat dalam masa yang sama kedudukan ekonomi lebih kukuh dalam komuniti ini . Malah peluang ini dapat dikongsi bersama dengan keluarga, sahabat handai, kenalan dan juga kepada pelanggan. 

8. Peluang Rewards Yang Menarik 

Shaklee menawarkan plan reward yang menarik untuk komuniti bisnes Shaklee. Yang paling seronok, ahli komuniti menjadi excited untuk mencapai reward ini bersama.  Anda boleh mendapat cash, car bonus malah dapat memenangi percutian percuma yang ditawarkan oleh Shaklee. Semua orang diberikan peluang yang sama. Dalam sistem komuniti bisnes Shaklee, peluang yang diberikan secara adil. Tiada istilah orang bawah mengkayakan orang atas seperti mana kebanyakan sistem piramid atau MLM yang lain. Di dalam komuniti bisnes Shaklee, kita mendapat reward yang ditawarkan daripada usaha yang telah dilakukan. 

9. Legasi Yang Dapat Diwarisi

– Berbeza dengan bisnes lain, bisnes yang dijalankan oleh komuniti bisnes Shaklee ini dilakukan untuk masa sekarang dan akan terus berkembang sehingga ia dapat diwarisi oleh keturunan kita. Kejayaan yang dikecapi dapat diwarisi dan diteruskan walaupun kita telah tiada. 

Sekian, itu sahajalah 9 Sebab Komuniti Bisnes Shaklee ini sangat best. Saya alu alukan penyertaan anda ke dalam Komuniti bisnes Shaklee kami. 

WELCOME TO SHAKLEE FAMILY!

KLIK LINK INI UNTUK MENYERTAI KOMUNITI BISNES SHAKLEE

#blogmegashaklee #shakleethrive2023  #shakleetriumph2023 #pengedarsahkleepuncakalam

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *