Ada apa dengan Projek Blog Mega Shaklee 1.0? Best Sangat Ke?

Selesai sudah Projek Blog Mega Shaklee 1.0. Syukur Alhamdulillah.

Sejujurnya, Ili rasa macam tak percaya juga Ili dapat melalui projek ini dari awal sehingga akhir. 

Pada mulanya, Ili mula dapat tahu tentang Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini, melalui pengumuman Master Norita di Group Euphoria. 

Cuma perlu isi form tentang diri, sosial media yang kita ada, link blog jika ada. 

Memang Ili tak letak link pun dekat blog, sebab Ili tak ada blog. OK, blogspot ni memang dah ili buat dulu, cuma dah terbiar kosong tak ada apa apa. Sekadar ada orang kata.

ok, submit je details pada form. 

Tiba tiba ada briefing. 

Barulah tahu rupanya projek ni memang ada tugasannya.

Ya Allah, mula mula tu Ili rasa nak tarik diri terus. 

Risau jika tak dapat nak beri komitmen. 

Kemudian, Ili cuba baca lagi apa syarat yang perlu.

Satu Entry untuk Satu Minggu. Dua Entry untuk 2 minggu. Ada tajuk yang ditetapkan dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini. Dua tajuk itu ialah :

1) Intermittent Fasting

2) Set Kurus Shaklee 

Gunakan hashtag yang telah ditetapkan 

#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #blogmegashaklee dan satu tambahan #pengedarshakleepuncakalam , berdasarkan lokaliti masing masing. 

Ili rasa nak cabar diri ili untuk sahut cabaran ini. Jadi ili tak jadi tarik diri, dan ili pun sertai Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini. 

Jadi, bermulalah pengalaman pertama Ili menulis blog. Dulu, tahun 2018, Ili pernah cuba juga. Siap dah beli domain dah masa tu. Tapi, awal awal dah ili terkandas. Kosong, berlalu begitu saja. 

Mungkin masa tu, Ili terlalu harapkan kesempurnaan. Tengok blog orang lain yang dah cantik, tengok blog orang lain yang begitu hebat dengan isi isi dan nilai yang disampaikan, sehingga diri sendiri tak mula apa apa, sehinggalah muncul Projek Blog Mega Shaklee 1.0 anjuran Master Norita dengan moderator Master Salwa.

Blog ili pun bermula dengan pengenalan diri. Kemudian Ili menulis entri tentang Intermittent Fasting, tugasan pertama dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0. Setelah siap, kami tak boleh post dulu, melainkan telah dapat link blog daripada Sparring Partner daripada group kami. 

Setiap entry blog dalam Projek Blog Mega Shaklee terkait antara satu sama lain. Menurut Master Salwa, ini merupakan cara untuk blog kita mudah dikenalpasti oleh enjin carian Google dan cara SEO yang tepat.

Selesai entry blog pertama tentang Intermittent Fasting

Bermula pula tugasan kedua dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0. 

Tugasan Kedua : Set Kurus Shaklee

Dalam entry kali ini, kami perlu menampilkan produk yang ada dalam Set Kurus Shaklee ang dikenali juga sebagai Hello New You Set dan juga Produk Vivix. 

Selesai juga tugasan kedua. Setelah siap, kami perlu submit link dan setelah dapat link sparring partner yang berada di atas kita, kami perlu meletakkan link tersebut dalam entry blog kami.

Selepas itu, blog blog kami dalam Projek Blog Mega Shaklee ini dinilai oleh puan moderator master Salwa. Keputusan diumumkan. Ada yang menang Vivix, Ada yang menang Collagen, ada yang menang Nutriferon. 

Alhamdulillah, Ili rasa sangat bersyukur sebab ili menang Nutriferon, produk Shaklee yang tiada pada company lain. Produk ini pun memang kegemaran Ili dan seisi keluarga. 

Pada Ili, projek Blog Mega Shaklee ini mengajar Ili banyak perkara. Antaranya sikap bekerjasma, saling membantu antara satu sama lain. Walaupun kami baru berkenalan, dan berlainan team dalam organisasi bisnes, kami tetap membantu demi menjayakan projek ini.

Projek Blog Mega Shaklee ini memberi ilmu baru kepada ili terutamanya tentang dunia blog, keyword yang sesuai, istilah SEO dan pelabgai istilah lain menjadikan projek ini seronok untuk diterokai. 

Selain itu, Projek Blog Mega Shaklee ini juga mengajar Ili tentang pentingnya untuk tidak mementingkan kesempurnaan. Mulakan saja dulu apa yang ada di tangan kita. Mulakan dulu dengan blog yang percuma. Mulakan menulis dan dapatkan idea melalui pembacaan. Ia sebenarnya adalah satu proses dan lama kelamaan kita akan berkembang sepanjang melalui proses ini.

Kadang kadang kita rasa buntu kan nak tulis apa? Tapi, melalui Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini, Master Norita mengingatkan kami agar sentiasa berdoa kepada Allah agar mengurniakan ilham untuk menulis blog. Kerana ilham dan idea menulis blog ini sememangnya daripada Allah jua. Keterujaan menyiapkan blog datang bersama rasa takut dan cemas pada ili, tapi dengan izin dan ilham daripada Allah, ili dapat menyiapkannya juga. 

Jutaan terima kasih buat Master Norita dan Master Salwa atas inisiatif hebat Projek Blog Mega Shaklee 1.0. Usaha ini telah membantu ramai ahli Shaklee menghidupkan semula dunia blog yang dipandang sepi oleh kebanyakan orang sekaligus menjadi satu alternatif berguna dan bermanfaat, yang melawan arus dunia sekarang yang lebih kepada dunia video dan sosial media. Melihat kepada kebolehan manusia yang berbeza, blog lebih cemderung kepada dunia penulisan di alam maya, tapi tetap memberi manfaat buat mereka yang mencarinya. 

Ili rasa bersyukur dapat menyertai Projek Blog Mega Shaklee 1.0 dari awal sehingga akhir, semuanya dengan kehendak Allah juga, Alhamdulillah. 

Ili sangat sangat teruja untuk menyertai Projek Blog Mega Shaklee 2.0 pula, sebab Ili sangat berharap Ili boleh berkembang melalui dunia blog, belajar ilmu baru tentang blog, berhubung dengan lebih ramai Shaklee family yang sangat supportive, secara tidak langsung dapat membantu Ili menyebarluaskan kebaikan produk Shaklee dan komuniti bisnes Shaklee kepada orang ramai. InshaAllah. 

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #pengedarshakleepuncakalam #pengedarshakleehillparkpuncakalam

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *