Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Orang Tak Tahu

Hai semua ! Assalamualaikum. Salam sihat dan ceria!

Syukur Alhamdulillah, sepanjang ili mula menulis blog dalam projek #blogmegashaklee, ini adalah kali pertama ili menulis dalam blog iliraihana.com ini. Ili baru je balik daripada kelas kuasai blog yang dijalankan oleh Master Salwa Zeyn di Shaklee HO. Pada ili yang masih berjinak jinak dalam penulisan blog ini, ia merupakan satu bimbingan dan first aid kit yang tak boleh dilepaskan untuk ili terus memahami dunia blog dan bisnes ini.

Alhamdulillah, ili juga sangat bersyukur kerana sepanjang Ili menyertai #blogmegashaklee ini, Ili dapat menambah pengetahuan tentang ilmu bisnes, ilmu nutrisi dan ilmu penulisan blog juga SEO. Ili rasa sangat beruntung terpilih dan masih berada dalam projek ini.

Baru baru ni ili berpeluang menyertai perkongsian daripada Dr Redza Benjamin. Memang Ili ternanti nanti kelas ini sebab ini adalah kelas ketiga Dr Redza yang dianjurkan oleh Master Norita dan team Master yang lain.

Shaklee Business Solutions

Seperti mana yang kita sedia maklum, Intermittent Fasting menjadi satu amalan yang hangat dilakukan oleh golongan yang cakna kepada kesihatan. Antara manfaat

ialah :

  1. Membantu menurunkan berat badan
  2. membantu mengurangkan rintangan insulin
  3. mengurangkan risiko diabetes
  4. membantu meningkatkan daya fokus
  5. membantu menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah

Namun begitu, ramai yang tak tahu Interminttent Fasting juga ada keburukannya jika tidak diamalkan dengan cara dan kaedah yang betul. Isu ini dikongsikan oleh Dr Redza Rahman, seorang saintis lulusan Harvard Medical School. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Nutrigenomics dan Nutraceuticals.

Keburukan Intermittent Fasting

Intermittent fasting mempunyai kesan yang buruk jika tiada panduan untuk melakukannya dengan cara yang betul dan dilakukan secara semberono tanpa tahu ilmu dan sains yang berlaku di sebalik Intermittent Fasting.

Proses yang berlaku kepada badan kita ketika sedang berpuasa.

Selepasa tempoh 10-16 jam berpuasa, badan akan melalui proses fat burning. Fat burning bermaksud badan menukar lemak yang tersimpan menjadi tenaga. Dalam rajah di atas, fat burning bermula pada jam ke 16. Ia bergantung kepada kadar metabolisme dan aktiviti fizikal masing masing.

Pada jam ke 18 pula, proses autophagy akan berlaku.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan autophagy?

Autophagy adalah proses semulajadi tubuh badan ketika berlaku kita berpuasa lebih daripada 18 jam. Ia akan memecahkan protein dan komponen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga

Secara mudahnya, proses autophagy membantu membersihkan diri daripada sel sel yang dah tua dan dah rosak, seperti keradangan, kanser, kulit tua, dan tulang supaya dapat membentuk sel yang lebih sihat. Ia membantu meningkatkan kemampuan sel untuk membaiki kerosakan yang berlaku dalam badan”

Antara manfaat autophagy ialah:

  • Membantu melambatkan penuaan
  • membantu menghalang penyakit kanser
  • membantu menghalang penyakit inflamasi
  • membantu menghalang penyakit berkaitan otak seperti Alzheimer dan Parkinson
  • membantu meningkatkan prestasi otot
  • membantu meningkatkan tenaga

Berikut Ili kongsikan point keburukan Intermittent Fasting yang telah disampaikan oleh Dr Redza.

  1. Tiada panduan kaedah pemakanan yang betul semasa Intermittent Fasting
  2. Makan makanan yang tinggi kalori
  3. Meniru Tempoh Orang Lain Buat IF
  4. Kesan Sampingan Ketika Buat IF
  5. Tahap Kolagen Berkurang Sehingga 90%

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *