Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Terbaik untuk Anda!

Assalamualaikum & salam sihat penuh bahagia!

Semoga sahabat semua dalam keadaan yang baik dan dalam peliharaan Allah selalu.

Hari ini sudah 17 Ramadhan. Sedar tak sedar kita telah melalui lebih separuh madrasah Ramadhan. Moga moga kita terus kekal dengan momentum ibadah pada bulan Ramadhan sehingga ke akhirnya.

Selepas ini, kita pastinya akan berusaha untuk mencari malam lailatul Qadar dan berusaha untuk merebut ganjaran seribu bulan.

Buatlah amal ibadah apapun, asalkan ibadah yang dilakukan ikhlas, menuruti sunnah dan syariat dalam masa yang sama, mengharapkan redha Allah subhanahu wa taala.

Baiklah, hari ni ili nak bercerita tentang Vitamin Kulit. Pastinya kita nak tahu kan, apa vitamin yang sesuai untuk memastikan kulit kita berada dalam keadaan yang sihat dan baik.

Seperti yang kita tahu, kulit merupakan organ yang terbesar pada badan kita. Ia meliputi seluruh badan kita yang sempurna.

Maha Suci Allah, yang menciptakan kita dengan sebaik baik kejadian.

Pernah tak, kita bayangkan diri kita tanpa kulit? Pastinya akan terlihatlah segala organ dalaman badan kita tanpa berselindung lagi.

Pasti akan nampak tulang temulang, salur darah, jantung yang berdegup, buah pinggang yang menjalankan operasinya, dan sebagainya.

Kita pastinya menginginkan kulit yang sihat dan cantik bukan?

Kulit yang cantik dan sihat memerlukan penjagaan yang rapi, cukup dengan nutrien dan sentiasa bersih daripada sebarang kotoran dan kuman agar kita bebas daripada sebarang penyakit.

Lapisan kulit terdiri daripada epidermis iaitu bahagian lapisan luar kulit dan dermis , bahagian pertengahan kulit

Nak tak, Ili kongsikan Vitamin Kulit paling asas untuk kulit yang cantik dan sihat? Jom teruskan bacaan!

1. Vitamin C

Vitamin C sering dikaitkan dengan kulit yang cantik dan sihat. Ia merupakan antioksida yang larut air dan merupakan komponen semulajadi yang sihat.

Antara manfaat Vitamin C untuk kulit ialah:

  1. Membantu menjadikan kulit tona lebih sekata
  2. Mengurangkan garis halus dan kedutan
  3. Membantu mencerahkan kulit
  4. Mampu melindungi kulit daripada kerosakan yang berpunca daripada persekitaran
  5. Meneutralisasi kerosakan akibat radikal bebas
  6. Membantu memperbaiki kulit

Tahap Vitamin C berada dalam keadaan yang baik dan optimum ketika waktu muda. Namun, kadar vitamin C di dalam badan semakin berkurang apabila umur semakin meningkat.

Antara faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan Vitamin C pada kulit ialah pendedahan kepada cahaya matahari, tanpa sebarang perlindungan.

Ini menyebabkan kulit menjadi lebih kusam, tidak sekata dan tidak anjal.

2. Protein

Kulit kita memerlukan asid amino untuk menjana protein struktur yang dipanggil kolagen. Jika kita kekurangan protein, kita tidak dapat menghasilkan kolagen.

Protein ini adalah satu bentuk protein yang penting dalam tubuh badan kita. Ia membantu kulit kita menjadi kuat dan anjal.

Kolagen juga bertindak seperti simen yang menyatukan kulit kita.

Protein juga penting untuk proses regenerasi sel kulit agar ianya sentiasa terlihat mulus, tegang dan awet muda.

SET HEALTHY RAHMAH : VITAMIN KULIT SIHAT DAN CANTIK!

Bulan ini, kita sangat sangat beruntung kerana Shaklee telah memperkenalkan promosi terbaru yang sangat menarik dan membantu kita untuk penjagaan kulit yang cantik dan sihat.

Promosi ini dinamakan Set Healthy Rahmah Shaklee!

haaa, bukan makanan saja tau ada menu rahmah, vitamin pun ada vitamin rahmah, hanya semestinya daripada Shaklee!

Ia dinamakan Set Healthy Rahmah kerana set ini merupakan set asas untuk penjagaan kesihatan kulit malah penjagaan kesihatan secara umum dengan harga yang sangat rahmah, jimat dan murah!

Jika harga Vitamin C Shaklee pada harga ahli adalah RM92, dan harga ahliProtein Shake Shaklee iaitu Energizing Soy Protein (ESP) adalah RM139, tapi untuk Set Healthy Rahmah ini, harganya cuma RM99 saja!

Ya! Cuma RM99 saja!

Malah, istimewa buat anda yang belum menjadi ahli Shaklee, melalui Set Healthy Rahmah ini, anda secara automatik akan mendapat keahlian Shaklee PERCUMA yang bernilai RM35!

Penjimatan yang berganda ganda dan berbaloi baloi.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang mendapatkan 2 ESP & 2 Vitamin C pada harga RM188 sahaja! Keahlian bernilai RM35 dan pos bernilai RM10 juga PERCUMA!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan set Healthy Rahmah ini sekarang untuk Vitamin Kulit yang cantik dan sihat.

Hubungi Ili di nombor 0139959980 untuk dapatkan Set Healthy Rahmah ini!

Ili Raihana Jumali, Pengedar Shaklee Anda!

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #pengedarshakleemalaysia

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *