Kurus Dengan Cepat? Boleh Cuba 5 tips Ini!

Anda nak cuba kurus? Dan nak cuba kurus dengan cara yang paling cepat?

Teruskan baca entry ini dan ili akan kongsikan beberapa tips dan kaedah untuk KURUS DENGAN CEPAT

  1. BANYAKKAN PENGAMBILAN AIR MASAK

Minum air masak mampu meningkatkan metabolisme yang menyebabkan tubuh badan dapat membakar lebih banyak kalori.

Minum air masak mengikut berat badan, setiap 25kg berat badan, digalakkan minum 1 liter air. Sekiranya berat badan anda ialah 75kg, anda memerlukan sekurang kurangnya 3 liter air.

2. HENTIKAN PENGAMBILAN MAKANAN DAN MINUMAN MANIS

Sekiranya anda penggemar makanan dan minuman manis, anda perlu hentikan pengambilannya untuk kurus dengan cepat.

Sekarang terlalu banyak makanan dan minuman yang trend dan hipster, tetapi hakikatnya tinggi kandungan gula

Kajian membuktikan pengambilan gula akan menyebabkan peningkatan jumlah kalori harian dan menjadi punca kepada penyakit metabolik, masalah obesiti dan masalah hati berlemak.

orang yang minum minuman tinggi gula tidak merasa kenyang walaupun mereka telah mengambil kalori yang sama dari makanan pepejal.

Pengambilan gula juga menyebabkan badan mengumpul air dan menyebabkan badan kita menjadi gemuk air.

Mengambil terlalu banyak makanan atau minuman manis secara teratur boleh menyebabka insulin tinggi dalam darah.

Jadi, untuk kurus dengan cepat, elakkan minuman dan makanan manis ya!

3. KURANGKAN KARBOHIDRAT DAN LEBIHKAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN ANDA

Antara salah satu cara untuk kurus dengan cepat adalah dengan cara mengurangkan karbohidrat dalam diet harian.

Kajian membuktikan diet yang mengurangkan karbohidrat adalah cara terbaik untuk kurus dengan cepat.

Pengurangan pengambilan karbohidrat juga boleh mengurangkan air dalam tubuh.

Untuk menggalakkan rasa kenyang dan kurang rasa lapar, banyakkan pengambilan protein sihat seperti ayam, daging, ikan dan telur.

4. BERSENAM DAN BERSUKAN

Untuk kurus dengan cepat, anda boleh memasukkan aktiviti fizikal seperti bersukan dan bersenam dalam jadual harian anda. Digalakkan 30 minit setiap hari atau 30 minit untuk 3 hari dalam masa seminggu.

5. ELAKKAN MAKANAN YANG DIPROSES

Makanan sebenar boleh membantu mengenyangkan perut berbanding makanan diproses yang ternyata tidak mengenyangkan dan tinggi kalori

6. BUAT PROSES DETOX

Detox adalah satu proses yang membantu menyingkirkan toksin pada badan. Tubuh kita terdedah dengan toksin setiap hari, sebab itu kita perlu menyingkirkan toksin pada badan kita.

Jika toksin disingkirkan, proses untuk kurus dengan cepat lebih mudah. Organ kita pun dapat berfungsi dengan baik demi memastikan proses kurus berjalan lancar.

7. TERUSKAN GAYA HIDUP AKTIF

Ubah gaya hidup kepada cara hidup yang melibatkan banyak pergerakan seperti berjalan kaki ke tempat kerja, memilih menaiki tangga daripada naik lif.

Jika di rumah, anda boleh terus kekal aktif dengan cara membersih rumah, berkebun dan mencuci rumah.

8. AMALKAN PENGAMBILAN LEMAK SIHAT

Ini tips ekstra!

Pengambilan lemak sihat mampu membantu anda untuk kurus dengan cepat.

Antara lemak sihat yang disyorkan ialah santan, minyak kelapa dara, minyak zaitun dan minyak ikan.

Anda boleh memasukkan pengambilan lemak sihat ini sebagai supplemen harian, atau memasukkan ke dalam masakan anda.

Begitulah yang dapat dikongsikan tentang tips untuk kurus dengan cepat. Semoga ia bermanfaat untuk anda.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program kurus dengan cepat, anda boleh menghubungi saya di talian 0139959980

sehingga berjumpa lagi!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *