7 Adab Berkunjung ke Hari Raya Open House

Aidilfitri telah kita sambut dan rakyat Malaysia masih lagi dalam suasana raya selagi bulan Syawal masih ada. Ramai yang mengadakan Hari Raya Open House. Jadi, jom kita cek apa adab yang boleh kita amalkan ketika berkunjung ke Hari Raya Open House

  1. Pilih Masa Yang Sesuai

Kadang kadang dalam sehari lebih satu jemputan open house yang diterima. Jadi pilihla masa yang sesuai untuk menghadiri Hari Raya Open House

Jangan terlalu lama berada di satu satu open house. Tuan rumah ada juga tetamu lain yang nak dilayan.

Pilih waktu yang sesuai untuk hadir Hari Raya Open House. Bukan pada waktu awal pagi, atau larut malam, kerana biasanya pada waktu tersebut orang sedang berehat.

2. Bersalaman dengan Tuan Rumah

Jangan lupa adab yang satu ini, iaitu bersalaman dengan tuan rumah. Kena jaga batas antara lelaki dan perempuan.

Orang perempuan boleh bersalaman dengan orang perempuan, orang lelaki boleh bersalaman dengan orang lelaki.

3. Jaga batas pergaulan dan komunikasi

Jagalah pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ada batas pergaulam yang perlu dijaga. Tujuan asal adalah untuk mengeratkan ukhwah dalam masa yang sama untuk mendapat redha Allah. Elakkan pergaulan bebas, bergurau senda bergelak ketawa yang melampau antara lelaki dan perempuan.

4. Makan secara berhemah, tidak gelojoh

Sebagai tetamu, jagalah adab kita ketika mengambil juadah yang disediakan tuan rumah ketika Hari Raya Open House. Elakkan makan secara tamak dan gelojoh. Nikmatilah makanan secara bersederhana.

Ambillah makanan sedikit demi sedikit, bukan ambil sekali banyak dalam satu masa. Ini penting supaya tidak berlaku pembaziran, dan juga penting supaya tetamu lain juga dapat menikmati juadah yang disediakan.

Pastikan juga anda menghabiskan makanan yang telah diambil, tidak membiarkan makanan berlebihan di atas meja juga.

5. Jangan ‘membawang’!

Elakkan dari menjadikan open house sebagai tempat untuk mengumpat dan berkata buruk tentang orang lain.

Janganlah membanding bandingkan kelebihan dan kekurangan di setiap rumah yang dikunjungi, sama ada dari segi layanan, juadah, kemewahan dan perhiasan.

6. Jaga etika pakaian dan tutup aurat

Pakailah pakaian yang selesa dan sesuai dengan suasana Hari Raya Open House. Elakkan daripada memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sesuai.

Pakai lah pakaian yang menutup aurat, tidak ketat atau koyak.

7. Ucapkan Terima Kasih

Ucaplah terima kasih kepada tuan rumah yang menganjurkan Hari Raya Open House. Tuan rumah berkongsi rezeki dengan kita, menjemput kita ke majlisnya, menghidangkan juadah yang enak enak dan memberikan layanan terbaik untuk kita. Sewajarnya lah kita mengucapkan terima kasih, menzahirkan penghargaan kepada tuan rumah dan mendoakan kebaikan yang tidak terkira banyaknya kepada tuan rumah dan keluarga.

Semua adab ini amat penting bagi kita sebagai tetamu untuk meraikan Hari Raya Open House. Semoga kita sama sama dapat mewujudkan suasana yang harmoni ketika hari raya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *