Kata kata Motivasi Membangkit Semangat & Inspirasi

Assalamualaikum dan Salam bahagia!
Kali ini ili nak share KATA KATA MOTIVASI untuk membangkitkan semangat dan inspirasi.

biasanya kita suka kan orang bagi kata kata motivasi dan inspirasi ni.

seolah olah ia mewarnai kehidupan dan membuatkan kita rasa semangat untuk teruskan kehidupan ataupun sesuatu yang kita sedang usahakan.

manusia ada ketika rasa sedih, kurang semangat, down dan sebagainya. Bila ada kata kata motivasi ni, sedikit sebanyak membantu untuk terus melangkah dan menuju ke arah kejayaan.

Setiap kepayahan, Allah membentuk peribadi yang lebih baik.
Setiap kesusahan, Allah mahu kita menjadi orang yang lebih baik.
setiap cabaran yang dilalui, Allah menjadikan kita lebih kuat dan tabah.
setiap air mata yang mengalir, Allah menjadikan kita lebih lembut hati, berlapang dada dan bersangka baik. Setiap cabaran yang dilalui ada tujuan yang nyata.
Percayalah, Allah sedang merencanakan yang terbaik untuk kita. Allah bersama kita pada setiap langkah, setiap ketika.”

menarik kan ayat ni?

Membawa kita menyedari bahawa setiap apa yang kita lalui – kesusahan, kepayahan , ujian dan cabaran yang kita lalui dalam kehidupan sebenarnya adalah satu proses yang sedang kita lalui.

Ia adalah proses yang sebenarnya Allah sediakan kepada kita untuk menjadi insan yang lebih baik.

Menjadi orang yang lebih kuat dan tabah.

menjadi orang yang lebih sabar

menjadikan kita lebih berlapang dada dan bersangka baik

memandu kita untuk hanya bergantung kepada Allah subhanahu wa taala semata semata.

memandu kita untuk mencari jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang kita hadapi.

menyedari bahawa Allah sentiasa bersama kita pada saat ketika kita ditimpa kesusahan

menyedari bahawa dalam setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan.

Jadi, yakinlah bahawa Allah sentiasa mahu kita menjadi orang yang lebih baik.

Semoga kata kata motivasi ini menjadi inspirasi buat kita semua. InshaAllah!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *