Testimoni Shaklee Saya :My Shaklee Journey

Assalamualaikum dan salam mesra! Dalam entry kali ni saya nak kongsikan TESTIMONI SHAKLEE saya bermula daripada sejak saya mengenali produk Shaklee ini pada tahun 2013 sehingga kini, tahun 2023.

Changing Brands Can Change Your Life’

Pernah dengar kata kata ini? Biasanya orang yang kenal shaklee akan percaya dengan kata kata ini.

Bila bertemu dengan produk Shaklee, kita akan tahu keberkesanan produk ini.

SET HAMIL SHAKLEE

Saya mula mengenali Shaklee kerana pada ketika itu saya ingin mencari produk yang semulajadi, ada kajian saintifik dan selamat untuk menyokong kehamilan saya yang pertama

Pencarian demi pencarian, akhirnya saya bertemu dengan produk Shaklee.

Saya bermula dengan Vitamin C dan Chewable Vitamin C kerana ia sangat membantu untuk saya mengatasi mabuk hamil dan membantu meningkatkan kesihatan saya ketika hamil.

Saya juga mengambil Vitalea untuk membantu saya menaikkan bacaan HB saya.

Kemudian, saya yakin produk ini dapat membantu saya sepanjang kehamilan. Jadi saya teruskan dengan mengambil ESP, Ostematrix dan OmegaGuard.

SET BERPANTANG DAN MENYUSU SHAKLEE

Selepas melahirkan anak pertama, saya sememangnya yakin dengan produk Shaklee.
jadi saya teruskan pengambilan produk Shaklee sepanjang berpantang dan menyusukan anak.

Zinc Plus sangat membantu untuk saya berdepan dengan masalah buasir selepas bersalin.
Vitamin C sangat membantu untuk saya sembuh luka.
Vitalea membantu saya untuk memberi tenaga dan topup nutrisi yang hilang.

ESP dan Ostematrix sangat membantu saya untuk meneruskan penyusuan. Ketika itu, saya masih bekerja dan perlu membuat stok susu untuk anak saya.
Alhamdulillah, susu sentiasa mencukupi untuk anak saya dan stok susu sentiasa ada untuk anak saya ketika saya bekerja.


SET TAMBAH BERAT BADAN

Selepas setahun menyusukan anak, tanpa saya sedar, berat badan saya turun secara mendadak. Ketika tahun 2015, berat badan saya mencecah 49kg untuk saya ketika itu, saya mengalami masalah underweight.

Tanpa ragu ragu lagi, saya menambah MealShakes, ESP, Vitalea dan B Complex dalam supplemen harian saya.

alhamdulillah, set ini membantu saya mendapatkan kembali berat badan yang ideal.

SET DETOX DAN KESUBURAN SHAKLEE

Perjalanan Shaklee saya diteruskan dengan mengamalkan set detox Shaklee.

Kenapa saya amal set detox Shaklee pula?

Ketika ini, Shaklee mula memperkenalkan set detox dan menyedari tanda tanda yang terdapat pada badan kita yang banyak toksin, maka saya pun mula amal set detox shaklee untuk singkirkan toksin pada badan saya.

Kemudian, saya amal set detox dan kesuburan Shaklee ketika saya cuba untuk mendapatkan anak kedua pada tahun 2018.

antara supplemen yang saya amalkan pada ketika itu ialah, DTX Complex, Peppermint Ginger, Alfalfa, Herblax, GLA Complex, Vitalea, B Complex, OmegaGuard ESP dan Vitamin C.

Sebagai manusia kita hanya mampu berikhtiar dan berdoa.

Dan ikhtiar saya pada ketika itu adalah salah satunya dengan mengamalkan set detox dan kesuburan Shaklee.

dengan izin Allah, saya berjaya hamil anak kedua dan melahirkan pada Januari 2019.

Bermula lagi perjalanan saya kembali mengamalkan Set Hamil, Berpantang dan Menyusu Shaklee.


SET SENDI DAN TULANG SHAKLEE

Selepas melahirkan anak kedua pada tahun 2019, saya mengalami masalah sakit lutut dan kaki.
Lutut saya berbunyi. Dan saya mengalami kesukaran untuk sujud dan rukuk ketika solat.

Ini sangat mengganggu kehidupan saya.

Jadi, saya ikhtiar dengan set sendi dan tulang Shaklee pula.

Pada ketika ini, saya turut mengamalkan Set Menyusu Shaklee. Ostematrix dan OmegaGuard yang baik untuk kesihatan sendi dan tulang saya amalkan, dan saya tambah pula Collagen Plus Powder Shaklee.

Dengan izin Allah, dalam beberapa bulan saya amalkan set kesihatan sendi dan tulang ini, sakit lutut dan kaki saya mula berkurangan dan hilang.

Set ini juga sangat membantu saya ketika saya mengalami sakit pinggang dan sakit belakang ketika pada tahun 2021. Saya sukar bangun daripada baring dan badan sakit sakit.

Sakit mula hilang selepas mengamalkan OsteNutrix, OmegaGuard dan Collagen. Alhamdulillah.

SET SKINCARE YOUTH SHAKLEE

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2018, saya mula mengamalkan penjagaan kulit muka dengan Skincare Youth Shaklee.

Saya rasa bersyukur kerana Youth adalah skincare yang selamat, organic dan paling selesa yang pernah saya amalkan.

Dengan skincare Shaklee, saya dapat kulit yang bersih, jerawat yang berkurang, parut pun mulai pudar dan jarang sudah mengalami kulit kering.

Betullah dengan kata kata di atas yang telah saya sebutkan tadi, Changing Your Brands Can Change Your Life!

Mengamalkan Shaklee telah banyak mengubah hidup saya kerana saya yakin produk ini selamat, efektif dan berkesan.

Anda juga boleh mula amalkan produk Shaklee juga. Jom bersama saya memulakan perjalanan Shaklee anda juga.

Boleh daftar dengan saya di link ini, dan hubungi saya di 0139959980.

Jemput layari website upline yang saya hormati, Master Norita di www.anakkuwira.com.
Doakan entry saya ini mendapat hadiah tajaan istimewa daripada master Norita !

#blogmegashaklee #nextlevelblogging #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #pengedarshakleemalaysia #pengedarshakleepuncakalam

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *