Panduan Amalan Gaya Hidup Sihat

Assalamualaikum dan Salam Mesra! Hari ini saya nak kongsikan panduan AMALAN GAYA HIDUP SIHAT yang kita boleh jadikan rujukan dan amalan kita seharian. Mungkin ada yang nak tahu kan. Supaya hidup kita lebih baik, lebih sihat dan lebih gembira.

AMALAN TIDUR YANG BAIK

Bagus jika kita dapat amalkan cara tidur yang baik. Antara amalan yang boleh dilakukan adalah tidur selepas waktu isyak dan bangun sebelum Subuh:

MELAKUKAN SENAMAN

Antara amalan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan juga adalah senaman. Ada orang rasa dia tak perlukan senaman kan. Tapi sebenarnya senaman dapat membantu kita untuk mengurangkan stress dan memperbaiki mood kita. Dalam masa yang sama, hormon kita dapat berfungsi dengan baik

antara senaman ringan yang boleh dilakukan adalah berjalan kaki, berjogging, turun naik tangga, berbasikal, ataupun membuat regangan.

JAUHI MEROKOK

Seperti yang kita sedia maklum, merokok membahayakan kesihatan. Bukan sekadar kepada diri kita sahaja, malah orang di sekeliling kita. Menjauhi amalan merokok adalah amalan gaya hidup sihat yang kita boleh lakukan.

MAKAN MAKANAN YANG SEIMBANG

Hidup kita memerlukan makanan, dan amalan gaya hidup sihat yang kita boleh amalkan adalah makan makanan yang seimbang. Bukan sekadar seimbang, tapi kita hendaklah memilih makanan yang halal, baik dan bermanfaat kepada tubuh badan kita.

Pilihlah makanan yang baik seperti protein, lemak sihat, karbohidrat rendah.
Sebolehnya hindari makanan yang tinggi gula dan makanan segera.

AMALKAN PUASA SUNAT ATAU INTERMITTENT FASTING

Puasa Sunat atau Intermittent Fasting adalah salah satu amalan gaya hidup sihat yang kita boleh amalkan. Lakukan puasa sunat secara berkala. Lakukan intermittent fasting dengan ilmu.

Amalan ini dapat membantu badan kita berfungsi dengan baik, membakar lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga. Ia juga dapat membantu badan kita mengurangkan rintangan insulin.

MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA

Badan kita memerlukan air untuk berfungsi dengan baik. Minumlah air masak, air putih secukupnya setiap hari. Setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air.

HINDARI STRESS

Hindari stress adalah salah satu amalan gaya hidup sihat yang kita boleh lakukan. Stress memang perlu sedikit dalam kehidupan kita, tapi jauhi terlalu banyak stress.
antara perkara yang kita boleh lakukan untuk menghindari stress yang berlebihan adalah, mempunyai hobi yang sihat, meluangkan masa bersama keluarga, mendekatkan diri dengan amalan agama, bersenam dan lain lain lagi.

Semoga panduan ini dapat membantu anda untuk menjalani amalan gaya hidup sihat!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *