Petua Hilangkan Jeragat Di Wajah Anda!

Hati siapa yang tak runsing bila ada jeragat di wajah kan? Mestilah risau. Kat entry ni, ili nak kongsi PETUA HILANGKAN JERAGAT di wajah.

APA ITU JERAGAT?

Jeragat merupakan bintik bintik coklat pada kawasan kulit yang berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari.

Sebenarnya Jeragat tidak lah merbahaya, ia berlaku disebabkan penghasilan melatonin yang berlebihan.

Jeragat selalunya lebih leper dan lazim berlaku kepada individu yang berkulit cerah.

Ada juga jeragat berpunca daripada faktor genetik atau fizikal seperti pendedahan yang berpanjangan terhadap cahaya matahari.

Begitu juga dengan bintik gelap yang terjadi akibat jeragat juga boleh meninggalkan kesan yang lebih teruk berbanding jerawat.

Sebab itulah, ramai yang ingin mencari jalan untuk mengurangkan jeragat di kawasan muka.

Ada beberapa tips dapur yang mungkin berkesan untuk menghilangkan jeragat.
Bahan bahannya boleh didapati dengan mudah di pasaraya dan kaedahnya mudah dan senang!

CARA HILANGKAN JERAGAT SECARA TRADISIONAL

Sekiranya anda mempunyai jeragat, anda akan merasakan ada masalah keyakinan diri.

Kedegilannya untuk muncul di wajah membuatkan ia sukar ditangani.

Bintik hitam dan coklat di wajah boleh menimbulkan rasa resah dan gelisah.

Jangan risau, di sini ada cara tradisional, petua hilangkan jeragat. Boleh cuba dan amalkan !

PETUA HILANGKAN JERAGAT: GUNAKAN PERAHAN LEMON

Jus lemon digunakan untuk petua hilangkan jeragat secara tradisional. Ia dikatakan satu resepi yang efektif untuk memudarkan jeragat.

Jus lemon mengandungi Vitamin C dan asid sitrik yang sangat bagus untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja dapat memudarkan jeragat tetapi dapat mencerahkan wajah.

Gunakan 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukan ke atas kawasan wajah yang berjeragat. biarkan selama 8-10 minit dan ulang 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik.

Anda juga boleh menggunakan hirisan lemon yang dicampurkan madu.

PETUA HILANGKAN JERAGAT : SAPUKAN ALOE VERA

Aloe vera merupakan satu tanaman yang dikenali manfaatnya yang pelbagai untuk kesihatan kulit.
ia amat berkesan untuk membantu merawat pelbagai masalah kulit seperti ekzema, jerawat dan selaran matahari.

Aloe vera juga membantu agar wajah sentiasa rasa terhidrat.

Aloe vera mengandungi sejenis komponen yang dikenali sebagai Aloesin yang efektif untuk melawan pigmentasi kulit.

Ia juga telah menjadi satu rawatan tradisional yang digunakan secara turun temurun untuk hilangkan jeragat.

Sapukan aloe vera pada kawasan berjeragat selama 15 minit. kemudian basuh dengan air sejuk. Lakukan setiap hari untuk kesan yang terbaik.

PETUA HILANGKAN JERAGAT : GUNAKAN SERBUK KUNYIT

Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.

Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon.

Kemudian, kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukan pada kawasan yang ada jeragat. Tunggu sehingga kering dan bilas.

Tips ini boleh diamalkan seminggu sekali.

PETUA HILANGKAN JERAGAT : GUNAKAN TEH HIJAU

Teh hijau mempunyai sifat anti radang yang dapat mengurangkan iritasi terhadap kulit.
Malah ia juga dapat mengurangkan selaran matahari dan merah pada kulit.

Caranya : rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit. kemudian, gunakan beg teh hijau tersebut dan sapukan pada kawasan yang terjejas.

Air rendaman teh hijau tadi boleh lah diminum.

PETUA HILANGKAN JERAGAT : SKRUB MENGGUNAKAN SERBUK OAT.

Campurkan sesudu oat bersama yogurt, madu dan jus lemon. kemudian sapukan sebatian pada wajah.

Serbuk oat boleh menyerap lebihan minyak pada wajah dan membantu mengurangkan jeragat.

Sifat anti radang serta kandungan anti oksidanya yang tinggi juga dapat merawat masalah kulit kering dan membuang sel mati.

Sekian saja petua hilangkan jeragat kali ini.
Selamat mencuba!

#blogmegashaklee #nextlevelblogging #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #pengedarshakleepuncakalam #pengedarshakleemalaysia

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *