5 Tips Kerja Dari Rumah Untuk Lebih Efisien!

Sejak pandemik covid melanda dunia, ramai yang memulakan KERJA DARI RUMAH. Sehingga kini, ada yang bekerja dari rumah.

Jom saya kongsikan 5 tips kerja dari rumah untuk bekerja lebih berkesan.

BANGUN AWAL

Bangun awal penting untuk mereka yang melakukan kerja dari rumah. anda akan ada lebih banyak masa untuk mengurus diri sendiri, mengurus rumah, dan kemudian memulakan kerja.

Dengan bangun awal juga, anda boleh memulakan hari dengan senaman dan rutin rohani seperti zikir pagi, solat dhuha dan tilawah Al Quran.

TETAP DENGAN RUTIN HARIAN

Bila melakukan kerja dari rumah, anda perlu tetap dengan rutin harian yang telah dirancang dan dilakukan.

ini penting supaya dapat mengekalkan momentum dan meningkatkan semangat untuk kerja dari rumah.

RANCANG JADUAL HARIAN ATAU TO DO LIST

Jika anda melakukan kerja dari rumah, bagus untuk anda merancang jadual harian anda atau membuat senarai apa yang perlu dibuat. Biasanya kita panggil to do list.

Ini akan membantu anda dapat melakukan kerja dengan lancar.
Senarai semak ini akan menjadi peringatan tentang butiran kerja yang perlu dilakukan.

Perancangan ini juga dapat membantu anda agar dapat fokus dalam bekerja dan dapat mengurus masa dengan sebaiknya.

BEREHAT SEBENTAR

Ketika melakukan kerja dari rumah, masa menjadi fleksibel jadi dapat digunakan sebaiknya untuk bekerja dan berehat.

Jangan terlalu fokus dan serius bekerja sehingga terlupa untuk berehat. Berehat sekejap selama 10 minit setiap 1 jam bekerja.

Rehatkan mata daripada melihat skrin komputer jadi ia dapat mengurangkan tekanan kepada bebola mata anda. Melihat tumbuh tumbuhan hijau juga dapat membantu anda kurang stress dan lebih tenang.

RUANG KHAS BEKERJA

Jika kita bekerja di tempat kerja, kita ada ruang khas untuk bekerja. Seeloknya jika kita melakukan kerja dari rumah, kita perlu wujudkan ruang khas untuk bekerja.

Ini akan dapat membantu anda lebih fokus dalam bekerja.
Hal hal yang berkaitan kerja juga dapat disusun dengan lebih baik.

Barang barang yang berkaitan dengan kerja seperti alat tulis, fail, laptop, dan sebagainya hanya berada di ruang kerja saja.

Sekian saja tips kerja dari rumah. Harap dapat membantu anda untuk kerja dari rumah dengan lebih baik. Selamat bekerja!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *