Tips Bisnes Online Yang Boleh Dimanfaatkan

Hai semua! Assalamualaikum!
Ada di kalangan anda yang dah mulakan bisnes online? Kat entry ni ili nak kongsikan TIPS BISNES ONLINE yang anda boleh manfaatkan jika anda buat bisnes online!

MULAKAN DENGAN MODAL YANG RENDAH

Sekiranya anda baru bermula dengan bisnes online, dan tidak pernah lagi buat bisnes, anda boleh mulakan dengan modal yang rendah. Boleh bermula sebagai Dropship, menjadi ejen ataupun menjadi affiliate .

CEBURI BIDANG YANG ANDA MINATI

Sekiranya anda baru bermula nak buat bisnes, saya cadangkan ceburi lah bidang yang anda minati. Sekiranya anda seorang yang suka tentang kesihatan, anda boleh menjual vitamin. Sekiranya anda suka tentang kecantikan, anda boleh menjual skincare dan barang kosmetik.

PILIH SYARIKAT YANG BOLEH DIPERCAYAI

Untuk memulakan bisnes online, pilih lah syarikat yang anda yakin dengan kewujudannya, bertahan kukuh dan sentiasa memberi komisyen kepada ahli dan ejennya

TAMBAH ILMU

Sekiranya anda baru memulakan bisnes online, penting untuk anda kuasai ilmu. Tambah lah ilmu supaya kita ada lebih kredibiliti untuk dipercayai pelanggan.

Antara ilmu yang boleh dikuasai ialah, ilmu produk, ilmu komunikasi, ilmu penulisan , ilmu edit video dan sebagainya.

BERADA DALAM KOMUNITI YANG POSITIF

Melakukan bisnes online seringkali kita merasakan kita berbisnes seorang diri, tapi sebenarnya tidak.

kita ada kelompok komuniti yang positif yang dapat membantu kita untuk terus kekal dalam bisnes online.

KUASAI MEDIUM ONLINE YANG ADA

Sekarang ini, kita ada beberapa medium online yang boleh diterokai, antaranya ialah website, blog, media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya.

pilih medium yang anda rasa selesa untuk berbisnes online.

setakat ini saja perkongsian ili untuk kali ini.
harap dapat bermanfaat untuk semua 🥰

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *