Tips Travel Jauh Menaiki Kereta Bersama Anak-anak

Assalamualaikum & salam mesra!
Cuti sekolah bakal menjelang tiba. Mesti ada yang dah plan nak pergi bercuti bersama keluarga kan. Untuk kali ni, Ili nak kongsikan TIPS TRAVEL jauh menaiki kereta bersama anak anak .

RANCANG PERJALANAN

Rancanglah perjalanan anda pada waktu yang sesuai. Pada waktu anak anak rasa paling selesa untuk travel.

PASTIKAN ANAK ANAK SIHAT

Sebolehnya pastikan anak anak sihat ketika nak travel jauh. Ini dapat memudahkan kita sebagai ibu bapa. Anak anak juga rasa gembira bila dapat bercuti dengan kesihatan yang baik.

PAKAI BAJU YANG SELESA

Pastikan anak anak pakai baju yang selesa sebelum travel jauh.
pakaian yang tak panas dan boleh menyerap peluh. Sekiranya perlu, boleh sediakan sweater untuk cuaca sejuk atau hujan

BAWA MAKANAN DAN MINUMAN YANG MENCUKUPI

Penting untuk ada makanan dan minuman yang mencukupi dalam kereta sekiranya anak anak rasa lapar dan haus. Makanan dan minuman ini juga penting sekiranya berlaku kesesakan jalan raya.

PASTIKAN TIDAK BAWA BANYAK BARANG

tips travel yang penting juga adalah tidak membawa banyak barang. Jangan penuhkan bahagian tempat duduk dengan barang barang. Ini untuk memastikan setiap anak anak rasa selesa sepanjang perjalanan

BERHENTI SEKETIKA SETELAH PERJALANAN JAUH

Tips travel yang seterusnya adalah, berhenti lah seketika setelah perjalanan yang jauh. Anda boleh berhenti untuk makan, solat jama’ qasar dan juga mandi. Anak anak juga dapat berehat dan melakukan perkara yang sama. Kemudian teruskan perjalanan.

SEDIAKAN AKTIVITI DALAM KERETA

Anda boleh merancang aktiviti dalam kereta dengan anak anak. Antaranya ialah, bermain teka teki, main teka ejaan, hafal surah, menyanyi atau bercerita. Kemudian ajak anak berehat atau melihat keadaan sekeliling.

UTAMAKAN KESELAMATAN ANAK ANAK

Tips travel yang penting juga adalah pastikan keselamatan anak anak diutamakan. Setiap anak anak ada tempat duduk mereka dan car seat.

DOA PERJALANAN SELAMAT

Ajak anak anak berdoa semoga perjalanan selamat dan aman, dan sampai ke destinasi. Semoga perjalanan dipermudahkan dan tiada sebarang kesulitan.

sekian saja tips travel kali ini. Semoga bermanfaat. Terima kasih !



Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *