3 Doa Yang Bagus Diamalkan & Mudah Untuk Wanita

Assalamualaikum & Salam Mesra! Hari ini Ili nak kongsikan 3 DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA. Ia mudah dihafal, mudah diamalkan untuk wanita dalam menjalani kehidupan seharian

DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA 1 : DOA MEMOHON PERLINDUNGAN

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا و انت تجعل الحزن الا شئت سهلا

Maksudnya :

‘Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau permudahkan . Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan) jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.


Doa ini sangat bagus dan mudah diamalkan untuk wanita agar setiap kesusahan dianggap ringan kerana kita memohon pertolongan daripada Allah agar dipermudahkan dalam setiap urusan

DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA YANG KEDUA : DOA MEMOHON PERLINDUNGAN DARIPADA PERKARA YANG BURUK

اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن ، وأعود بك من العجز و الكسل ، وأعوذ بك من الجبن والبخل ، وأعوذ بك من غلبة الدين و قهر الرجال

Maksudnya :

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung daripada rasa susah dan rasa sedih, aku berlindung daripada sifat lemah dan sifat malas, aku berlindung daripada kejahatan dan sifat bakhil, dan aku berlindung daripada belenggu hutang dan perbuatan jahat manusia


Doa ini sangat bagus untuk diamalkan oleh wanita kerana ia adalah sebuah doa yang mana kita memohon perlindungan daripada perkara yang buruk sama ada dari segi perasaan manusia , dari segi sifat negatif yang ada pada manusia dan dari segi perbuatan jahat manusia.

Semua ini ada dalam kehidupan kita seharian. Sebagai hambaa Allah, kita sangat memerlukan perlindungan daripada Allah.

DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA YANG KETIGA : DOA MEMOHON AGAR DIRI DAN KETURUNAN DIBERI KEKUATAN UNTUK MENUNAIKAN SOLAT

رب اجعل ني مقيم الصلاة ومن زريتي

Maksudnya:

Ya Allah, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan begitu juga dengan keturunanku .


Sebagai seorang hamba Allah, pastinya kita mahu menjadi hamba yang soleh yang sentiasa mendirikan solat sebagai tiang agama. Bukan itu sahaja, kita juga mahu anak cucu dan keturunan kita juga tergolong dalam golongan yang soleh dan menjadi orang yang sentiasa menjaga dan menunaikan solat.

Begitulah doa yang bagus untuk wanita yang mudah diamalkan . Boleh dibaca pada waktu selepas solat juga pada bila bila masa juga. Semoga bermanfaat untuk semua!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *